Selamat Datang ke portal iCARE UTM-KEJORA
Pembangunan pendidikan adalah penting dalam membentuk modal insan yang berdaya saing terutama bagi penduduk luar bandar. Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) bermatlamat untuk mencapai pembangunan modal insan sebagai salah satu perancangan strategiknya. Bandar Penawar di bawah naungan KEJORA merupakan pusat pelancongan dan pendidikan di wilayah Johor Tenggara. Terdapat banyak entiti pendidikan di Bandar Penawar seperti Sekolah Sains Kota Tinggi, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Bandar Penawar, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Penawar, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Kolej Komuniti Bandar Penawar, Kolej Professional MARA (KPM), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim (INSTEDT). Integrasi antara entiti berkenaan dan seumpamanya dalam aspek perkongsian maklumat terutamanya bagi aktiviti-aktiviti berkaitan pendidikan dan kemahiran yang dapat ditawarkan kepada pemegang taruh termasuk pelbagai lapisan pelajar dan masyarakat setempat adalah amat penting. Maka satu pusat di bawah kerjasama strategik antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan KEJORA telah dibangunkan pada 2012. Pusat tersebut dikenali sebagai Pusat Kemajuan dalam Informatik Pendidikan Luar Bandar (iPKPLB) atau Centre for Advancement in Rural Education Informatics (iCARE) berperanan dalam mewujudkan suatu pelantar bagi mengintegrasikan pelbagai program dan aktiviti berkaitan pendidikan ke arah kelestarian pembangunan pendidikan dan modal insan luar bandar melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi iaitu dalam bidang informatik pendidikan. Projek iCARE di bawah kerjasama strategik UTM dan KEJORA ini turut dikenali sebagai iCARE UTM-KEJORA yang diasaskan oleh Prof. Madya Dr Shahida Sulaiman dari Fakulti Komputeran, UTM.
SUB GROUP
- BBookChapter-iCARE2015
- IiCARE Computer Science (iCS) 2020-2021iCARE e-THRiL 2022iCARE e-THRiL 2022 Series 2 SMKPUiCARE e-THRiL 2022 Series 3 SMKBPiCARE e-THRiL 2022 Series 4 SMKPUiCARE My AimiCARE My Community-iMC-Sem1-2018-2019iCARE My EnglishiCARE My English @PPAJ 25 Nov. 2015iCARE My English @PPAJ School Break 27 August 2017iCARE My English @PPAJ Sept. 2024iCARE My English iME@School 2017iCARE My English-SMABT-2016iCARE My English-SMKABP-2015iCARE My English-SMKABP-2016iCARE My English-SMKBM-2016iCARE My English-SMKBP-2015iCARE My English-SMKBP-2016iCARE My English-SMKBT-2015iCARE My English-SMKBT-2016iCARE My English-SMKBT2-2015iCARE My English-SMKBT2-2016iCARE My English-SMKBT6-2016iCARE My English-SMKSP-2015iCARE My English-SMKSP-2016iCARE My English-SMKTD-2016iCARE My English-SMKTD-SMKTP-2015iCARE My English-SMKTSJA-2016iCARE My English-SSTMI-2016iCARE Robot Liga UTM-KEJORA 2015iCARE Robotic CommitteeiCARE XPURA MINDA 2016iCARE-iBIRU mini RTCiCARE-IEEE iCS 2023iCARE@PPAJ-JomBaca25April2016iCARE@PPAJ-JomBaca25April2017iCARE@PPAJ-SchoolBreak28-30May2017IEEE-iCARE iCS 2023 Series 2